Menghidupkan Majlis Anda Dengan Penuh Gaya & Karisma

Pengacara majlis profesional untuk majlis perkahwinan yang tertib dan teratur, acara korporat yang berprotokol dan eksklusif, serta sebarang majlis dan acara yang diadakan secara formal atau semi formal. Lengkap dengan Coordinator yang berpengalaman dan peralatan PA System yang berkualiti.

Tentang Emcee Adam

Bukan sekadar memegang mikrofon, tetapi memastikan majlis anda lebih hidup dan diingati.

Lebih Daripada Pengacara, Saya Adalah Rakan Pengemudi Majlis Anda

Setiap majlis besar mempunyai jiwa dan cerita tersendiri. Sebagai pengacara anda, misi utama saya bukan sekadar membaca skrip di atas pentas, tetapi memastikan emosi tetamu terpaut, protokol berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, dan pihak penganjur dapat menarik nafas lega.

Dengan pengalaman mengendalikan pelbagai skala acara—daripada resepsi perkahwinan eksklusif yang penuh emosi romantis sehinggalah malam gala korporat yang penuh ketegasan VVIP—saya membawakan kombinasi tenaga bersahaja, suara berwibawa, serta kawalan masa yang ampuh.

Intonasi Suara Penuh Kelembutan
Pakar Urus Majlis Berprotokol
Kawalan Suasana Interaktif
Tenang Mengendalikan Majlis

Jangan biarkan majlis impian anda menjadi kaku atau hambar. Biar saya bantu jadikan hari istimewa anda sebuah momen magis yang dihujani pujian daripada semua tetamu yang hadir.

Runding Bersama Emcee Adam
Emcee Profesional

Servis Ditawarkan

Pilihan pengacaraan untuk pelbagai jenis skala acara.

Majlis Perkahwinan

Menyerikan hari bahagia anda dengan pengacaraan yang romantis, ceria, dan lancar dari mula hingga akhir.

Acara Korporat

Gaya penyampaian korporat yang berwibawa, profesional, dan menepati protokol majlis rasmi syarikat.

Voice Over

Suara latar yang memukau dan menghidupkan malam anugerah atau persembahan pentas.

Pilihan Pakej Majlis

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

EMCEE / HOST

Fokus kepada pengacaraan pentas dan interaksi bersama tetamu.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Bimbingan Atur Cara Majlis
  • Kawalan Masa & Suasana Majlis
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut dDsediakan
  • Tidak Termasuk Event Coordinator
  • Tidak Termasuk PA System
Pilih Pakej Ini

EMCEE + COORDINATOR + PA SYSTEM

Pakej lengkap All-In-One tanpa perlu pening kepala mencari vendor lain.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Koordinator Majlis Berpengalaman
  • Set PA System Berkualiti Tinggi & Soundman
  • Wireless Mic & Powered Speaker
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut Disediakan
  • Ketenangan Penuh (Hadir & Majlis Terus Lancar)
Pilih Pakej Ini

Pilihan Audio Visual

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

SMART TV

Paparan lebih jelas dengan kualiti UHD 4K untuk pembentangan, mesyuarat mahupun majlis perkahwinan.

  • Smart TV 55 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

LED TV

Pelbagai saiz LED TV untuk kegunaan pelbagai jenis majlis dan acara.

  • LED TV 40 - 50 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

Perkongsian Blog

Artikel, petua, dan pengalaman seputar dunia pengacaraan majlis.

PERLUKAH EMCEE (MC) UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA?

Januari 22, 2023


"Kejayaan sesuatu majlis bermula dengan penyampaian yang berkesan – serlahkan kredibiliti acara anda dengan Emcee profesional, berpengalaman dan penuh karisma."
 

Pengacara Majlis (Master of Ceremonies) atau MC (Emcee) ialah seseorang yang akan mengacarakan perjalanan sesuatu majlis dari permulaan hingga ke akhirnya. Dalam majlis perkahwinann, seseorang MC memainkan peranan yang sangat penting seperti berkoordinasi dengan pihak yang berkaitan seperti bakal pengantin, coordinator mahupun keluarga mempelai sendiri. MC yang baik akan membuat teks (skrip) untuk disemak terlebih dahulu oleh bakal pengantin atau pihak keluarga. Walaupun begitu, bakal pengantin hendaklah memberikan aturcara majlis berserta butiran lain yang penting supaya MC dapat menyediakan teks yang terbaik. Inilah yang membuatkan anda sebagai bakal pengantin perlu berhati-hati dalam memilih MC perkahwinan yang sesuai.


Sesetengah daripada anda mungkin lebih selesa dengan kehadiran saudara terdekat sebagai orang yang akan membimbing saat-saat bahagia anda. Lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk mengadakan majlis berkonsepkan simple wedding. Selain daripada dapat menjimatkan bajet, kemungkinan anda sudah tahu bagaimana personaliti dan pengalaman pengucapan awam mereka di khalayak ramai. Sudah tentu ini bergantung sepenuhnya kepada bajet anda, namun begitu perlulah diingatkan bahawa tidak semua orang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam memimpin sesutau majlis yang dihadiri dengan begitu ramai orang. Apatah lagi tidak petah berbicara, kurang kreativiti serta butir bicara yang tidak begitu mesra dipendengaran.


Jadi, untuk mengelakkan majlis perkahwinan anda menjadi kucar-kacir dan tidak berjalan dengan tertib, maka pertimbangkanlah untuk melantik seorang MC perkahwinan yang profesional dan berpengalaman luas. Kami, di EMCEE KAHWIN DOT COM (dimiliki sepenuhnya oleh Awan Biru Event Management Services), mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mengendalikan majlis perkahwinan, majlis korporat, formal atau semi formal. Sama ada dihadiri oleh orang kenamaan (VVIP) mahupun dengan jumlah audien yang ramai (melebihi 200 orang dalam satu-satu masa).


Jika anda ingin berminat menggunakan servis MC kami, boleh hubungi kami menerusi :


Emcee Adam
Pengacara Majlis (Emcee)
Pengurus Acara (Event Manager)
Pelantun Suara (Voice Over)
01162099363

"MAJLIS ANDA KEUTAMAAN KAMI"






Kembali ke Utama

Maklum Balas & WhatsApp Klien

Bukti kepuasan klien sebenar yang dihantar terus melalui WhatsApp.

Hubungi Emcee Adam

Semak kekosongan tarikh majlis anda hari ini.

Jom Berbincang

Ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau ingin menyemak ketersediaan jadual? Hubungi saya segera melalui saluran di bawah.

+60 11-6209 9363 (Klik WhatsApp)
Kawasan bersedia bergerak ke lokasi anda (willing to travel).
Tiada caj pengangkutan bagi sekitar kawasan Lembah Klang.